Dangling Blue Hearts -->

Wednesday, 9 May 2012

TAZKIRAH ~



Allah s,w,t menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari. Jumaat di antara hari-hari yang tujuh itu.
Hari Jumaatlah yang paling mulia dan di gelar Penghulu bagi segala hari. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat.
Di antara amalan yang baik pada hari Jumaat yang selalu di
sebutkan iaitu "Bacalah Surah Al-Kahfi

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat diterangkan baginya daripada nur barang yang antara dua Jumaat."

Juga bacalah Surah Yasiin....
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Tiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Quran itu ialah Yasiin. Sesiapa membaca Yasiin sekali di sunatkan Allah s.w.t.
baginya seperti ia membaca Al-Quran sepuluh kali."

Juga fadhilat Surah Haa Min Ad-Dukhan jika di baca....
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Sesiapa membaca Surah Haa Min Ad-Dukhan pada malam Jumaat atau siangnya nescaya dibina oleh Allah baginya rumah di dalam syurga)."

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Sesiapa membaca Alif Lam Mim Tanzil As-Sajadah dan Tabarakalladzi biyadihil mulk pada malam Jumaat nescaya dicatatkan baginya tujuh puluh kebajikan dan dihapuskan daripadanya tujuh puluh kejahatan dan diangkatkan baginya tujuh puluh darjat)."

Setidak-tidaknya hendaklah seseorang itu membaca surah
Al Ikhlas sebanyak mungkin. Fadhilatnya .......
seperti Sabda Rasulullah s.a.w :
"Siapa membaca Qulhuwallah 3 kali maka seolah-olah ia membaca Al-Quran keseluruhannya."

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Siapa membaca Qulhuwallahu ahad 1000 kali, maka bererti ia membeli diri (menebuskan diri) daripada api neraka

~~TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ^_^

No comments:

Post a Comment