Dangling Blue Hearts -->

Wednesday 9 May 2012

TAZKIRAH ~



Allah s,w,t menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari. Jumaat di antara hari-hari yang tujuh itu.
Hari Jumaatlah yang paling mulia dan di gelar Penghulu bagi segala hari. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat.
Di antara amalan yang baik pada hari Jumaat yang selalu di
sebutkan iaitu "Bacalah Surah Al-Kahfi

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat diterangkan baginya daripada nur barang yang antara dua Jumaat."

Juga bacalah Surah Yasiin....
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Tiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Quran itu ialah Yasiin. Sesiapa membaca Yasiin sekali di sunatkan Allah s.w.t.
baginya seperti ia membaca Al-Quran sepuluh kali."

Juga fadhilat Surah Haa Min Ad-Dukhan jika di baca....
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Sesiapa membaca Surah Haa Min Ad-Dukhan pada malam Jumaat atau siangnya nescaya dibina oleh Allah baginya rumah di dalam syurga)."

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Sesiapa membaca Alif Lam Mim Tanzil As-Sajadah dan Tabarakalladzi biyadihil mulk pada malam Jumaat nescaya dicatatkan baginya tujuh puluh kebajikan dan dihapuskan daripadanya tujuh puluh kejahatan dan diangkatkan baginya tujuh puluh darjat)."

Setidak-tidaknya hendaklah seseorang itu membaca surah
Al Ikhlas sebanyak mungkin. Fadhilatnya .......
seperti Sabda Rasulullah s.a.w :
"Siapa membaca Qulhuwallah 3 kali maka seolah-olah ia membaca Al-Quran keseluruhannya."

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Siapa membaca Qulhuwallahu ahad 1000 kali, maka bererti ia membeli diri (menebuskan diri) daripada api neraka

~~TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ^_^

Tuesday 24 April 2012

Maafkanlah...


Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... Cukuplah sekadar KEPERLUANmu...

Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

~~TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ^_^

Persahabatan ini...


*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•

**♥♥ (`'•.¸*Manisnya Persahabatan*¸.•'´) ♥♥**

•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh

Ya Allah, .(`'•.¸ ♥(`'•.¸
teruntuk sahabatku,
kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangilah hatinya dengan 'nur' pancaran iman,
tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya daripada kejahatan,
tunaikanlah segala hajatnya baik hajat dalam agama,dunia, dan akhirat.

Ya Ilahi...(`'•.¸ ♥(`'•.¸
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh,
dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke jalan-Mu.
jika Kau izinkan aku merindui sahabatku,
janganlah biarkan aku melampaui batas...
sehingga aku melupakan CINTA HAKIKI, RINDU ABADI dan KASIH SEJATI-MU...

Ya Allah...
Kurniakanlah sahabatku,
kesenangan, ketenangan, kebahagiaan, keberkataan dan kecemerlangan...
di dunia dan akhirat...
Moga Engkau memayunginya dibawah rahmat dan hidayah-Mu...

Saat ini aku belajar satu hakikat...
perjuangan tak pernah putus kerana diikat dengan rantai iman,
mujahid tak keseorangan kerana diikat dengan rantai ukhuwah,
istiqamah dalam perjuangan sebagai bukti keimanan,
aku doakan semoga ikatan ukhuwah kita terbina untuk selamanya...
moga dapat kita bertemu disana nanti...(`'•.¸ ♥(`'•.¸

~~TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ^_^

Wanita..


~♥~kadangkala BUNGA DI TAMAN sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi SEBENARNYA bunga ditaman sendiri itu LEBIH BERHARGA.. Jagalah BUNGA yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat MENYESAL ketika kita telah
KEHILANGANNYA~♥~


~♥~Seorang Wanita Diibaratkan Dengan Bunga-Bunganya Yg Indah, Seperti BUNGA yg Perlukan Seorang PENJAGA Yg Amanah, Begitu Juga WANITA Perlukan Seorang Lelaki Yg Amanah ~♥~

~~TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ^_^

INDAH


HIDUP YANG INDAH bukan dilihat disaat semua yang kita impikan tercapai tetapi keindahannya terletak pada KETULUSAN dan KESUNGGUHAN HATI menjalaninya.
HIDUP YANG INDAH adalah ketika kita MENSYUKURI apapun yang kita miliki.
......masih mampu TERSENYUM disaat banyaknya DUGAAN YANG DATANG.
......masih mampu MEMAAFKAN meskipun terasa sangat menyakitkan.

~~TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ^_^

Subhanallah


Syukuri yang sedikit, Allah akan memberi yang banyak. Buat dulu yang termampu, Allah akan bantu untuk membuat yang tidak termampu. Amal dulu ilmu yang ada, nanti Allah akan memberi ilmu yang tiada.
Cubalah sedaya upaya untuk merasa bahagia dengan membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain.
Apabila mampu melakukan ketaatan... katakan alhamdulillah. Apabila terlanjur melakukan kejahatan...ucapkan astaghfirullah.
Syukur dan taubat adalah penawar kelelahan diri... di jalan mujahadah!

~~TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ^_^

Saturday 14 April 2012

Ucapan Maaf untuk Anda Sekalian



Maaf  kerana sudah lama Srikandi Islam tidak hantar sebarang post. Srikandi Islam agak sibuk sejak kebelakangan ini. InsyaAllah, Srikandi akan cari masa yang sesuai untuk teruskan berkongsi ilmu. Sekian. Assalamualaikum wr.wb.

~~TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ^_^